Isnin, 30 Januari 2012

SEMINAR KEBAHASAAN

Seminar  Kebahasaan  Mabbim merupakan acara tahunan Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM) yang diadakan dalam rangka Sidang Pakar dan Sidang Eksekutif Mabbim. Seminar ini menjadi wahana pertemuan akademisi dan sarjana dalam kalangan negara anggota MABBIM. Seminar Kebahasaan pada tahun ini akan membincang dan membahaskan tema “Mentransformasikan Budaya Ilmu untuk Menyerlahkan Jati Diri Bangsa”. Sebanyak  11 makalah akan dibentangkan oleh pemakalah dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, negara pemerhati Singapura termasuk satu makalah perdana.

Objektif
Menggalakkan perkongsian bestari antara akademisi dan sarjana berhubung dengan pendekatan dan cara memajukan bahasa Malayu/Indonesia;

Merangsang wacana intelektual dan profesional dengan harapan untuk memperoleh perspektif, amalan, penyelidikan, teori dan praktikal terkini dalam mengangkat kedudukan bahasa Melayu/Indonesia;

Membuka ruang kepada individu  di luar daripada bidang kebahasaan untuk mengemukakan pandangan dan pendekatan alternatif dalam memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu/Indonesia; dan

Menumbuhsuburkan analisis tentang kecenderungan transformasi; transformasi sosial, ekonomi dan politik dalam memacu perkembangan  dan kemajuan bahasa Melayu/Indonesia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan