Rabu, 28 Mac 2012

PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM

Kepada para peserta Seminar Kebahasaan, urus setia dan ahli jawatankuasa Mabbim 2012 yang dihormati sekalian, untuk menggemakan lagi suasana PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN DAN SAMBUTAN 40 TAHUN MABBIM pada hari Rabu, 4 April 2012 nanti, biskita digalakkan (jika mahu mengikuti saran, ya silakan, jika tidak, tidak mengapa - tiada paksaan) memakai baju cara Melayu berwarna MAROON bagi lelaki dan baju kurung atau kemas berwarna MAROON juga bagi wanita. Sekian untuk makluman.

MAROON

Jumaat, 23 Mac 2012

MAJLIS PERASMIAN, RABU, 04 APRIL 2012

07.30 - 08.30
Kehadiran ahli jawatankuasa, dan peserta seminar
08.30 - 08.45
Kehadiran jemputan dan perwakilan
0845              
Kehadiran Tetamu Kehormat
09.00             
ACARA DIMULAKAN
Persembahan tarian dan gulingtangan
Bacaan Al-Fatihah dan doa selamat
Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
Ucapan Ketua Perutusan Indonesia
Ucapan Ketua Pemerhati Singapura
Penyampaian ucaptama, majlis perasmian, pelancaran buku dan
penyampaian anugerah penghargaan Mabbim
Penyampaian cenderamata
Melawat pameran
Menikmati jamuan
Sesi I Seminar Kebahasaan

PESERTA SEMINAR KEBAHASAAN DAN JEMPUTAN DIMINTA HADIR TEPAT WAKTU BAGI MEMUDAHKAN URUS SETIA MENYELARAS TEMPAT DUDUK.

KERJASAMA YANG DIHULURKAN AMAT DIHARGAI.


Rabu, 21 Mac 2012

SESI PEMBENTANGAN, RABU • 04 APRIL 2012

9.00
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN & SAMBUTAN 40 TAHUN MABBIM

10.20–12.15    SESI I
Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Teknologi dan Budaya
Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Haji Othman

Bahasa Penemu Ilmu
Prof. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain

Pengerusi:     Dr. Yabit bin  Alas

12.15–13.45    REHAT
13.45–15.30    SESI II
           
Memperkasa Bahasa Melayu Melalui Rupa, Nama dan Makna Seni
Hias Bangunan dalam Kebudayaan Melayu
Djauhari Sumintardja, Ark.Dipl.Bldg., Sc., Ph.D(H.C.)
           
Membina Pustaka Ilmu yang Menyerlahkan Jati Diri Bangsa
Prof. Emeritus Dr. Abdullah bin Hassan

Pengerusi:     Drs. Mustakim, M.Hum

15.30–15.50    REHAT
15.50–17.00    SESI III
.............................
Prof. dr. Menaldi Rasmin, Sp.P.

Pedagogi Kritis: Keterikatan Bahasa dan Budaya
Ilmu Ke Arah Pembentukan Masyarakat Progresif
Cik Annaliza Bakri

Pengerusi:     Encik Rusli bin Abdul Ghani

SESI PEMBENTANGAN, KHAMIS • 05 APRIL 2012

8.30–10.00      SESI IV
Penyerlahan Peradaban Bangsa Melalui Seni Persembahan
Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman

Performa Bahasa Indonesia dalam  Merefleksi Ilmu dan Karakter
Prof. Dr. H. Arief Rachman, M.Pd

Kelestarian dan Keperkasaan Bahasa Melayu Melalui Kemahiran Insaniah
Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi

Pengerusi:     Encik Tajudin Jaffar

10.00–10.20    REHAT
10.20 –12.15   SESI V
                                                       
Hasil Penelitian Keberterimaan Istilah Mabbim Empat Bidang Ilmu Dasar
Dr. Sugiyono
Memperkasa Pengajian Bahasa dan Budaya Melayu dalam Era Digital
Dayang Siti Badriyah binti Haji Mohd Yusof

Pengerusi:     Awang Hatnan bin Haji Buang

12.15               REHAT/ USAI

Selasa, 20 Mac 2012

MEMPERKASA PENGAJIAN MELAYU DAN BUDAYA MELAYU DALAM ERA DIGITAL



Siti Badriyah Haji Mohamad Yusof
Seiring dengan peredaran waktu, bahasa Melayu, khususnya di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia telah digubal sebagai bahasa yang piawai dari segi aksara, sebutan, leksikon, serta elemen ketatabahasaan yang lain. Hasil daripada penggubalan ini seterusnya diimplimentasi dan diwartakan menerusi pelbagai rujukan utama termasuk daftar kata, pedoman umum bahasa Melayu dan kamus. Walau bagaimanapun, dalam menempuh arus gelombang ketiga yang dipangkin penggunaan Info komunikasi dan teknologi yang meluas, pemantapan dan penyebarluasan bahasa Melayu memerlukan lebih daripada pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh institusi dan agensi yang berkaitan. Ini termasuk dengan mengambil kira pelbagai kaedah mutakhir bagi mengantarabangsakan bahasa Melayu bukan saja sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi, bahkan juga sebagai bahasa tinggi setanding dengan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Dalam menyahut keperluan ini, makalah yang sederhana ini secara ringkas akan membincangkan beberapa perspektif dan inisiatif bagi membenarnyatakan hasrat warga Melayu untuk melihat kebangkitan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa yang pernah menjadi wahana tamadun Melayu, seimbang dengan keramaian penuturnya kini iaitu sekitar 300 juta orang. Antara inisiatif yang telah dijalankan ialah dengan mewujudkan Kerusi Pengajian Melayu di beberapa buah universiti terkemuka di serata dunia dan pendigitasian pelbagai dapatan pengkajian Melayu secara sarwajagat. Selain daripada itu, ini termasuklah dengan mengambil kira pengemaskinian dan perluasan penggunaan pangkalan data yang berhubung dengan pengkajian Melayu dan penggunaan idea Bilik Darjah Global atau Global Classroom sebagai wadah perbincangan pelbagai isu dan bahan penyelidikan yang berkaitan. Dari satu perspektif lain lagi, usaha penterjemahan beberapa mahakarya Melayu ke dalam beberapa bahasa utama juga telah mengambil tempat dan ini seterusnya dilaratkan ke beberapa bentuk adaptasi seperti filem, animasi dan sebagainya. Adalah diharapkan dengan kehadiran makalah ini, ia dapat memberi semangat dan inspirasi kepada warga Melayu lain untuk meneruskan usaha pemerkasaan yang giat dijalankan agar warga Melayu dan institusi serta agensi yang berkaitan saling berganding bahu dan turut menyumbang kepada proses yang memerlukan perpaduan dan kesinambungan yang berterusan ini.

MAKLUMAN MENGENAI KERTAS KERJA SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM

Urus setia telah menghantar 6 kertas kerja format PDF melalui mel elektronik kepada para peserta yang telah mendaftar melalui emel. Bagi mereka yang mendaftar melalui rakan masing-masing, sila dapatkan softcopy makalah seminar daripada rakan Awang/Dayang yang berkenaan. Kerjasama yang dihulurkan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. 

Isnin, 19 Mac 2012

KEBERTERIMAAN ISTILAH MABBIM BIDANG ILMU DASAR:

Dr. Sugiyono, Komisi Penelitian Mabbim Indonesia
Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu, Jawatankuasa Penyelidikan
Mabbim Brunei Darussalam
Encik Rusli Bin Abd Ghani, Jawatankuasa Penyelidikan
Mabbim Malaysia
Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan bukti empiris keberterimaan istilah sains asas (iaitu biologi, ilmu fizik, ilmu kimia dan matematik) dalam bahasa Indonesia dan Melayu, dan untuk mengetahui pola keutamaan keberterimaan bagi istilah sains asas dan sikap pengguna terhadap istilah sains asas. Untuk mengetahui keberterimaan istilah sains asas, satu penelitian korpus bertulis dalam bahasa Indonesia dan Melayu dijalankan. Sementara itu, penelitian persepsi juga dijalankan untuk mengetahui persepsi pengguna terhadap istilah sains asas. Penelitian mendapati bahawa tahap keberterimaan istilah sains asas dalam korpus berkenaan tidak mencapai hasil yang memberangsangkan/memuaskan. Dalam dimensi persepsi, keberterimaan sains asas mencapai tahap tertinggi walaupun hasilnya masih kurang memuaskan. Penelitian juga menunjukkan bahawa sesetengah pengguna bahasa masih mengekalkan istilah bahasa asing (bahasa Inggeris) sepenuhnya walaupun istilah bahasa Indonesia/Melayu tersedia. Selain itu, ketepatan makna menjadi faktor utama yang perlu dipertimbangkan untuk menerima atau menolak istilah yang digunakan, walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Kata kunci: keberterimaan, istilah, korpus, persepsi, sains asas