Rabu, 28 Mac 2012

PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM

Kepada para peserta Seminar Kebahasaan, urus setia dan ahli jawatankuasa Mabbim 2012 yang dihormati sekalian, untuk menggemakan lagi suasana PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN DAN SAMBUTAN 40 TAHUN MABBIM pada hari Rabu, 4 April 2012 nanti, biskita digalakkan (jika mahu mengikuti saran, ya silakan, jika tidak, tidak mengapa - tiada paksaan) memakai baju cara Melayu berwarna MAROON bagi lelaki dan baju kurung atau kemas berwarna MAROON juga bagi wanita. Sekian untuk makluman.

MAROON

Jumaat, 23 Mac 2012

MAJLIS PERASMIAN, RABU, 04 APRIL 2012

07.30 - 08.30
Kehadiran ahli jawatankuasa, dan peserta seminar
08.30 - 08.45
Kehadiran jemputan dan perwakilan
0845              
Kehadiran Tetamu Kehormat
09.00             
ACARA DIMULAKAN
Persembahan tarian dan gulingtangan
Bacaan Al-Fatihah dan doa selamat
Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
Ucapan Ketua Perutusan Indonesia
Ucapan Ketua Pemerhati Singapura
Penyampaian ucaptama, majlis perasmian, pelancaran buku dan
penyampaian anugerah penghargaan Mabbim
Penyampaian cenderamata
Melawat pameran
Menikmati jamuan
Sesi I Seminar Kebahasaan

PESERTA SEMINAR KEBAHASAAN DAN JEMPUTAN DIMINTA HADIR TEPAT WAKTU BAGI MEMUDAHKAN URUS SETIA MENYELARAS TEMPAT DUDUK.

KERJASAMA YANG DIHULURKAN AMAT DIHARGAI.


Rabu, 21 Mac 2012

SESI PEMBENTANGAN, RABU • 04 APRIL 2012

9.00
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBAHASAAN & SAMBUTAN 40 TAHUN MABBIM

10.20–12.15    SESI I
Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Teknologi dan Budaya
Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Haji Othman

Bahasa Penemu Ilmu
Prof. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain

Pengerusi:     Dr. Yabit bin  Alas

12.15–13.45    REHAT
13.45–15.30    SESI II
           
Memperkasa Bahasa Melayu Melalui Rupa, Nama dan Makna Seni
Hias Bangunan dalam Kebudayaan Melayu
Djauhari Sumintardja, Ark.Dipl.Bldg., Sc., Ph.D(H.C.)
           
Membina Pustaka Ilmu yang Menyerlahkan Jati Diri Bangsa
Prof. Emeritus Dr. Abdullah bin Hassan

Pengerusi:     Drs. Mustakim, M.Hum

15.30–15.50    REHAT
15.50–17.00    SESI III
.............................
Prof. dr. Menaldi Rasmin, Sp.P.

Pedagogi Kritis: Keterikatan Bahasa dan Budaya
Ilmu Ke Arah Pembentukan Masyarakat Progresif
Cik Annaliza Bakri

Pengerusi:     Encik Rusli bin Abdul Ghani

SESI PEMBENTANGAN, KHAMIS • 05 APRIL 2012

8.30–10.00      SESI IV
Penyerlahan Peradaban Bangsa Melalui Seni Persembahan
Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman

Performa Bahasa Indonesia dalam  Merefleksi Ilmu dan Karakter
Prof. Dr. H. Arief Rachman, M.Pd

Kelestarian dan Keperkasaan Bahasa Melayu Melalui Kemahiran Insaniah
Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi

Pengerusi:     Encik Tajudin Jaffar

10.00–10.20    REHAT
10.20 –12.15   SESI V
                                                       
Hasil Penelitian Keberterimaan Istilah Mabbim Empat Bidang Ilmu Dasar
Dr. Sugiyono
Memperkasa Pengajian Bahasa dan Budaya Melayu dalam Era Digital
Dayang Siti Badriyah binti Haji Mohd Yusof

Pengerusi:     Awang Hatnan bin Haji Buang

12.15               REHAT/ USAI

Selasa, 20 Mac 2012

MEMPERKASA PENGAJIAN MELAYU DAN BUDAYA MELAYU DALAM ERA DIGITAL



Siti Badriyah Haji Mohamad Yusof
Seiring dengan peredaran waktu, bahasa Melayu, khususnya di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia telah digubal sebagai bahasa yang piawai dari segi aksara, sebutan, leksikon, serta elemen ketatabahasaan yang lain. Hasil daripada penggubalan ini seterusnya diimplimentasi dan diwartakan menerusi pelbagai rujukan utama termasuk daftar kata, pedoman umum bahasa Melayu dan kamus. Walau bagaimanapun, dalam menempuh arus gelombang ketiga yang dipangkin penggunaan Info komunikasi dan teknologi yang meluas, pemantapan dan penyebarluasan bahasa Melayu memerlukan lebih daripada pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh institusi dan agensi yang berkaitan. Ini termasuk dengan mengambil kira pelbagai kaedah mutakhir bagi mengantarabangsakan bahasa Melayu bukan saja sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi, bahkan juga sebagai bahasa tinggi setanding dengan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Dalam menyahut keperluan ini, makalah yang sederhana ini secara ringkas akan membincangkan beberapa perspektif dan inisiatif bagi membenarnyatakan hasrat warga Melayu untuk melihat kebangkitan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa yang pernah menjadi wahana tamadun Melayu, seimbang dengan keramaian penuturnya kini iaitu sekitar 300 juta orang. Antara inisiatif yang telah dijalankan ialah dengan mewujudkan Kerusi Pengajian Melayu di beberapa buah universiti terkemuka di serata dunia dan pendigitasian pelbagai dapatan pengkajian Melayu secara sarwajagat. Selain daripada itu, ini termasuklah dengan mengambil kira pengemaskinian dan perluasan penggunaan pangkalan data yang berhubung dengan pengkajian Melayu dan penggunaan idea Bilik Darjah Global atau Global Classroom sebagai wadah perbincangan pelbagai isu dan bahan penyelidikan yang berkaitan. Dari satu perspektif lain lagi, usaha penterjemahan beberapa mahakarya Melayu ke dalam beberapa bahasa utama juga telah mengambil tempat dan ini seterusnya dilaratkan ke beberapa bentuk adaptasi seperti filem, animasi dan sebagainya. Adalah diharapkan dengan kehadiran makalah ini, ia dapat memberi semangat dan inspirasi kepada warga Melayu lain untuk meneruskan usaha pemerkasaan yang giat dijalankan agar warga Melayu dan institusi serta agensi yang berkaitan saling berganding bahu dan turut menyumbang kepada proses yang memerlukan perpaduan dan kesinambungan yang berterusan ini.

MAKLUMAN MENGENAI KERTAS KERJA SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM

Urus setia telah menghantar 6 kertas kerja format PDF melalui mel elektronik kepada para peserta yang telah mendaftar melalui emel. Bagi mereka yang mendaftar melalui rakan masing-masing, sila dapatkan softcopy makalah seminar daripada rakan Awang/Dayang yang berkenaan. Kerjasama yang dihulurkan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. 

Isnin, 19 Mac 2012

KEBERTERIMAAN ISTILAH MABBIM BIDANG ILMU DASAR:

Dr. Sugiyono, Komisi Penelitian Mabbim Indonesia
Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu, Jawatankuasa Penyelidikan
Mabbim Brunei Darussalam
Encik Rusli Bin Abd Ghani, Jawatankuasa Penyelidikan
Mabbim Malaysia
Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan bukti empiris keberterimaan istilah sains asas (iaitu biologi, ilmu fizik, ilmu kimia dan matematik) dalam bahasa Indonesia dan Melayu, dan untuk mengetahui pola keutamaan keberterimaan bagi istilah sains asas dan sikap pengguna terhadap istilah sains asas. Untuk mengetahui keberterimaan istilah sains asas, satu penelitian korpus bertulis dalam bahasa Indonesia dan Melayu dijalankan. Sementara itu, penelitian persepsi juga dijalankan untuk mengetahui persepsi pengguna terhadap istilah sains asas. Penelitian mendapati bahawa tahap keberterimaan istilah sains asas dalam korpus berkenaan tidak mencapai hasil yang memberangsangkan/memuaskan. Dalam dimensi persepsi, keberterimaan sains asas mencapai tahap tertinggi walaupun hasilnya masih kurang memuaskan. Penelitian juga menunjukkan bahawa sesetengah pengguna bahasa masih mengekalkan istilah bahasa asing (bahasa Inggeris) sepenuhnya walaupun istilah bahasa Indonesia/Melayu tersedia. Selain itu, ketepatan makna menjadi faktor utama yang perlu dipertimbangkan untuk menerima atau menolak istilah yang digunakan, walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Kata kunci: keberterimaan, istilah, korpus, persepsi, sains asas
 

BAHASA PENEMU ILMU

Prof. Dr. Shaharir Mohammad Zain
Peranan bahasa sebagai  pengungkap fikiran memang lebih lumrah dipercayai umum kerana itulah pandangan sarjana bahasa dan ahli falsafah amnya terhadap bahasa sebelum abad        ke-19M menjangkau ke zaman Yunani sekali pun. Kepercayaan ini membuahkan mitos bahawa ilmu apa pun tidak bergantung bahasa sehingga bahasa apa pun diungkapkan ilmu yang sedia ada nescaya tidak mengubah apa-apa terhadap ilmu itu; tegasnya terjemahan sesebuah ilmu tidak memberi kesan apa-apa kepada ilmu tersebut. Begitu juga dengan pemerolehan ilmu baharu penemu ilmu itu bebas bahasa. Tegasnya ilmu yang serupa ditemui menerusi bahasa apapun yang dihayati oleh pengkajinya. Semua mitos ini mulai terhakis, tetapi memang sukar terhapus, sejak pertengahan abad ke-19M oleh sarjana yang berpandangan baru terhadap peranan bahasa, iaitu bahasa bukan sekadar alat pengungkap kata atau fikiran tetapi juga sebagai penjana fikiran. Inilah yang disoroti dalam makalah ini berasaskan petikan dan pandangan  para sarjana bahasa dan linguistik serta ahli falsafah amnya.  Ditunjukkan bahawa pandangan peranan bahasa yang lebih dalam ini, iaitu bahasa sebagai pemangkin buah fikiran, pengenal benda atau pembekal daya kognitif, atau yang dijenamakan di sini sebagai penemu ilmu, lebih dominan. Namun ditunjukkan juga bahawa sehingga kini pandangan mereka ini bukan sahaja tidak begitu ditujukan kepada peranan bahasa dalam sains, bahkan ada sarjana  yang mengecualikan hujah peranan bahasa sebagai punca kognitif  dalam matematik. Yang lain pula tiadalah contoh konkrit diberi dalam sains untuk menguatkan hujah-hujahnya itu. Dalam makalah ini, dipaparkan contoh-contoh yang konkrit tentang peranan bahasa sebagai penemu ilmu  dalam bidang sains matematik yang mitos keneutralannya (lebih-lebih lagi dari segi bahasa) memang mengatasi semua ilmu lain. Bidang sains matematik yang dipaparkan di sini ialah kepemimpinan, kepengurusan, ekonomi, kewangan, asas sains ketakpastian (kebarangkalian dan kemungkinan), bahkan yang paling asas, pembilangan (penciptaan nombor dan angka). Setiap satunya ditunjukkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang itu melahirkan tafsiran baharu, inovasi bahkan matan  baharu kepada ilmu tersebut. Umpamanya, kepemimpinan dan kepengurusan dalam bahasa Melayu awal-awal lagi melahirkan dua ilmu yang asasnya berbeza daripada asas ilmu ini di dalam bahasa Inggeris.  Akibatnya makna hubungan pemimpin dengan rakyat atau para pekerja dalam sesebuah organisasi itu berbeza daripada yang terbit daripada bahasa Inggeris. Pengurusan dalam bahasa Melayu memberi makna yang tabiinya berbeza (terus mengambil kira adab dan multibudaya) berbanding dengan konsep daripada pengurusan menerusi bahasa Inggeris. Lebih dalam lagi ekorannya ialah terbitnya model matematik kpemimpin dan pengurus yang berbeza atau baharu berbanding dengan model matematik daripada pertimbangan bidang ini dalam bahasa Inggeris. Ekonomi yang berasaskan pada konsep optimum dalam bahasa Inggeris juga mengalami perubahan besar kepada ekonomi baharu yang berasaskan kepada keberpadaan atau kewustaan jika optimum itu dikembalikan kepada bahasa Melayu berbanding dengan bahasa Inggeris yang kita kenal  konsepnya selama ini. Banyak sekali teorem tentang keoptimuman yang dianggap maksum dalam ekonomi itu akan berubah kepada teorem keberpadaan atau kewustaan yang memberi kesan yang besar kepada seluruh teori ekonomi. Teori kewangan yang ada kalanya terdapat unsur-unsur  riba mencabar sarjana yang menghayati bahasa Melayu untuk memperbaikinya apabila segala istilah asas dalam teori kewangan sekarang yang kita kenali ilmu itu berasaskan kepada bahasa Inggeris ditukar kepada istilah-istilah di dalam bahasa Melayu atau bahasa yang lebih dekat dengan  sistem kepercayaan Melayu amnya, bahasa dalam kewangan Islam. Dengan demikian terimbaulah mereka memperbaiki ilmu itu.  Dalam sains ketakpastian jika istilah probability dan possibility itu diterjemah ke dalam bahasa Melayu asli (bukan hanya probabiliti/probabilitas dan posibiliti/posibilitas) maka seluruh aksiom bidang ini akan tercabar dan mengimbau seseorang sarjana berbahasa Melayu memperbaiki ilmu ini. Dalam istilah nombor dan pembentukan angka pun ditunjukkan bahasa Melayu memberi makna nombor dan angka yang berlainan daripada yang difahami selama ini ekoran daripada pendukungan istilah Inggeris atas andaian tamadun Melayu tidak pernah berkarya dalam bidang asas ini sekali pun, sedangkan hakikatnya pembilangan Melayu mendahului ilmu itu di dalam bahasa Inggeris.

Rabu, 14 Mac 2012

MAKLUMAN BARU

PENDAFTARAN MENGIKUTI SEMINAR DITUTUP HARI INI, KHAMIS 15 MAC 2012 PUKUL 11.00 PAGI. URUS SETIA HANYA MENERIMA PENDAFTARAN YANG DIBUAT MELALUI SURAT UNDANGAN RASMI JABATAN INI YANG DITUJUKAN KEPADA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DAN KEMENTERIAN, DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH. SOKONGAN DAN MINAT YANG DITUNJUKKAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN UNTUK MENGIKUTI SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM 2012 AMAT DIHARGAI. NAMUN KERANA RUANG YANG TERHAD, MAKA PENYERTAAN DIBATASKAN.

TUAN-TUAN/PUAN-PUAN YANG TELAH MENDAFTAR, SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SESI PENDAFTARAN SEMINAR AKAN DIADAKAN PADA HARI SELASA, 03 APRIL 2012 PUKUL 13.45 - 16.00 DI RUANG LEGAR, SONGKET BALLROOM, HOTEL ANTARABANGSA RIZQUN. BAGI MEMPERCEPATKAN PENGURUSAN MASA, TUAN-TUAN/PUAN-PUAN DINASIHATKAN UNTUK MENGINGATI DAN MENYATAKAN NO BILANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN SEPERTI YANG TERTERA DALAM SENARAI PESERTA (RUJUK ARKIB CATATAN BULAN FEBRUARI DALAM LAMAN INI). KAD UNDANGAN MENGHADIRI SEMINAR DAN TAG NAMA AKAN DIBERIKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN. MAKALAH SEMINAR TIDAK DIBERIKAN. URUS SETIA MUNGKIN AKAN MEMBERIKANNYA LEBIH AWAL MELALUI EMEL BEBERAPA HARI SEBELUM SEMINAR,

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM

Selasa, 13 Mac 2012

PEMAKALAH: DATO' A. AZIZ DERAMAN


PENYERLAHAN PERADABAN BANGSA
MELALUI SENI PERSEMBAHAN
 
Dato’ A. Aziz Deraman

Seni itu bermaksud  halus, kecil, elok atau enak di dengar seperti suara atau comel seperti bentuk badan adalah juga merujuk kepada karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat atau kecekapan yang istimewa. Gabungan kata ‘seni’ dan ‘persembahan’ menunjukkan suatu kebijaksanaan proses mencipta seni sebagai sesuatu yang indah untuk penghayatan khalayak.  Karya seni itu dihasilkan dari kebolehan istimewa mencipta sesuatu bentuk seni tadi misalnya drama, seni muzik, seni lukis, seni ukir, arca, lagu dan sebagainya yang indah-indah. Yang indah-indah itu pula boleh dikaitkan dengan bahasa (seni bahasa), sastera (seni sastera yakni seni karang mengarang prosa dan puisi), bangunan (seni bina dengan reka bentuk dan pembinaan, drama (seni lakonan pentas atau sandiwara), seni foto, seni muzik, seni ukir, seni tekatan dan sulaman, seni kerajinan tangan (kraftangan), seni pahat, seni mempertahankan diri (seni silat, aikido, taekwando, wushu), seni suara atau bunyi (nyanyian, muzik), seni tari, seni ukir (kemahiran ukir mengukir). Kesemua jenisnya itu tergolong ke dalam kesenian, suatu perihal yang berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran luar biasa si pengkarya menciptanya. Pelbagai bentuk kesenian itu menjadi lambang jati diri, citra keperibadian dan ciri-ciri yang menyerlahkan peradaban bangsa. Peradaban lahir dari suatu tahap kebudayaan tinggi, manakala kesenian itu merupakan salah satu bidang kebudayaan yang penting.

Isnin, 12 Mac 2012

MAKLUMAN TERKINI

Untuk makluman peserta seminar yang telah mendaftar, Tuan/Puan/Awang/Dayang dijunjung/dipohonkan untuk menghadiri sesi pendaftaran seminar, keterangan adalah seperti berikut;

Tarikh        : 03 April 2012 (Selasa)
Pukul         : 13.45 - 16.00
Bertempat  : Ruang Legar Songket Ballroom, Tingkat 4, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.



 *gambar contoh


PERHATIAN    : Makalah seminar tidak disediakan. Jawatankuasa hanya akan memberikan softcopy makalah  berdasarkan makalah yang diterima daripada pemakalah [Sila bawa pemacu pen (pendrive untuk mendapatkan softcopy)]. Berdasarkan pengalaman, tidak semua makalah yang dibentangkan diterima. Terdapat pemakalah yang memberikan makalah mereka kepada urus setia pada hari pembentangan mereka. Makalah yang diberi pada saat akhir, TIDAK DISEDIAKAN SOFCOPY.

Semasa mendaftar dan pada hari seminar, Tuan/Puan/Awang/Dayang diminta mengingati NOMBOR BILANGAN PENDAFTARAN untuk mengefektif pengurusan masa urus setia dan masa Tuan/Puan/Awang/Dayang. No. bilangan pendaftaran tertera dalam arkib bulan Februari dalam laman ini.

Pada hari Rabu, 04 April 2012, bas shuttle akan disediakan dari pukul 7.30 - 8.45 pagi di kawasan tamu (Pasar Gadong) untuk membawa jemputan dan peserta seminar ke Hotel Antarabangsa Rizqun.               

Rabu, 7 Mac 2012

PEMAKALAH: ANNALIZA BAKRI


PEDAGOGI KRITIS: KETERIKATAN BAHASA DAN BUDAYA ILMU KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PROGRESIF
Cik Annaliza Bakri
Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Nasional Singapura

Makalah ini membincangkan pentingnya persoalan pedagogi kritis dalam usaha pembentukan masyarakat progresif yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan bahasa. Umumnya persoalan bahasa dan budaya ilmu tidak dikaitkan secara substantif dan seringkali hal bahasa ditanggapi dalam hal teknis dan struktural. Timbul juga keadaan apabila persoalan bidang ilmu dikesampingkan sebagai suatu wacana tinggi yang sukar diterapkan dalam persoalan bahasa. Dalam persoalan pendidikan transformatif yang diajukan dalam wacana pedagogi kritis, pengintelektualan bahasa ditekankan dan hal keintelektualan itu diberikan keutamaan dalam perkembangan bahasa. Oleh itu, usaha untuk memperlengkap bahasa harus merangkumi proses pengintelektualan. Perkonsepsian bahasa moden harus mempamerkan kebolehan bahasa itu untuk menampung idea-idea yang bersifat intelektual tanpa memisahkan aspek keintelektualan daripada perkembangan bahasa. Peranan bahasa dalam persoalan pengukuhan jati diri harus meliputi aspek keintelektualan kerana dalam membincangkan pentingnya mentransformasikan budaya ilmu, adalah wajar untuk membangunkan bahasa supaya dapat mengungkapkan hal-hal yang bersifat intelektual dan kritis dengan berkesan dalam usaha membentuk masyarakat ke arah kecemerlangan. Tambahan pula, dengan memartabatkan bahasa, persoalan budaya masyarakat yang transformatif dapat dicapai melalui wacana intelektual. Melalui bahasa, budaya sesebuah masyarakat itu dirangsang dan bukan setakat dilestarikan tetapi dihidupkan dan sekaligus mampu mentransformasikan masyarakat.

Isnin, 5 Mac 2012

PEMAKALAH: DATO PADUKA HAJI ALIDIN BIN HAJI OTHMAN

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBANGUNAN
TEKNOLOGI DAN BUDAYA


Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman

Zaman ini dikatakan dunia tanpa sempadan, zaman teknologi maklumat dan zaman globalisasi. Semuanya bergerak pantas, perhubungan semakin cepat dan mudah. Semua ini merupakan kemajuan yang dicapai manusia dalam zaman ini. Setelah sekian lama dunia pengkomputeran menarik perhatian penduduk dunia, kini dunia semakin maju teknologinya, berbagai-bagai maklumat  diperolehi dari internet,  tidak hanya  dengan menggunakan komputer tetapi juga daripada telefon bimbit dan  i Pad.Akhir-akhir ini seluruh dunia asyik dengan facebook, twitter, blog dan sms sehingga hal-hal yang bersifat peribadi, gurauan, sindiran dan lain-lain juga mengisi ruang media baru ini. Perkembangan dan kemajuan teknologi ini memberi kesan kepada kehidupan manusia. Satu daripadanya ialah penyebaran maklumat yang begitu pantas walau pun pengirim dan penerima berada pada kedudukan geografi yang berjauhan. Ini boleh menjimatkan masa. Satu lagi kesan besar terhadap kehidupan manusia ialah ke atas bahasa. Penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan memberi kesan kepada bahasa tempatan termasuk bahasa Melayu, walau pun bahasa Melayu masih mendapat tempat di negara-negara rumpun Melayu. Pengguna-pengguna internet umpamanya lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris jika tidak pun bahasa yang bercampur aduk, Melayu dan Inggeris. Ini merupakan cabaran kepada bahasa Melayu.Ada pengguna yang beralasan bahawa bahasa Melayu itu masih kekurangan istilah yang sepadan dengan  perkataan atau istilah itu dalam bahasa Inggeris. Untuk memenuhi keperluan ini MABBIM telah pun menubuhkan Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat untuk membentuk istilah teknologi maklumat dalam bahasa Melayu. Cuma barangkali penyebarannya masih belum meluas. Selain itu Jawatankuasa ini mestilah sentiasa aktif bagi membolehkan pembentukan istilah baharu  terus diusahakan agar tidak ketinggalan oleh istilah bahasa Inggeris yang cepat tumbuh.Para pengguna juga perlu mengikuti perkembangan istilah yang baharu dalam bahasa Melayu dengan merujuk kepada DBP. Publisiti hendaklah terus diusahakan oleh pihak DBP, maklumat terkini sentiasa disibarkan melalui penerbitan dan laman sesawang DBP serta bantuan  media massa bagi  penyibaran dan penggunaan istilah-istilah yang sedia ada dan yang baharu.Begitu juga hubungan rapat dengan semua kementerian, jabatan,  pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi, serta pihak swasta  mestilah sentiasa digerakkan dan ditingkatkan. Rakyat dan penduduk  mestilah didekatkan dengan perkembangan bahasa Melayu melalui taklimat kepada pemimpin-pemimpin akar umbi   agar mereka juga peka tentang adanya antara lain istilah baharu yang sesuai digunakan. Penglibatan dan peranan pemimpin akar umbi dalam pengembangan dan pemerkasaan bahasa Melayu amat penting untuk sama-sama mengangkat martabat bahasa Melayu.

Isnin, 27 Februari 2012

PEMAKALAH: DJAUHARI SUMINTARDJA

MEMPERKASA BAHASA MELAYU MELALUI RUPA, NAMA DAN MAKNA SENI HIAS BANGUNAN DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

Masa kejayaan Kebudayaan Melayu yang unggul di masa lalu, sesungguhnya berlanjut sampai ke masa kini melalui antara lain perkembangan di dunia arsitektur yang merupakan wujud budaya yang khas karena sifatnya sangat visual, dan fungsional, permanen dan mudah dikenal. Mengungkapkan rasa keindahan arsitektur dapat dilakukan bukan hanya dengan pancaindera penglihatan saja tetapi juga dengan dituangkan secara terucap atau tertulis. Maka sesungguhnya hal itu berarti bahwa dunia arsitektur dapat meningkatkan kekayaan bahasa Melayu secara tulisan atau lisan.

Kesamaan dalam bentuk dan seni hias bangunan di kawasan Nusantara dan ASEAN mudah dikenali karena memang budaya kawasan ini  berakar dari budayaan serumpun. Makalah ini mengangkat bagaimana dalam kebudayaan Melayu terlihat keterkaitan antara bahasa dengan nilai keindahan seni bangunan; serta adanya kesamaan yang dapat dikenali dengan mengambil beberapa contoh bentuk hiasan seni bangunan di kawasan Budaya Melayu.
 .
Kata-kata Kunci : Budaya Melayu; Seni Bangunan/ Arsitektur

PEMAKALAH: HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI NAWI

KELESTARIAN DAN KEPERKASAAN BAHASA MELAYU
MELALUI KEMAHIRAN INSANIAH

Haji Abd. Rahman bin Haji Nawi


Kemajuan dunia tanpa sempadan telah merangsang negara melahirkan keperluan sumber manusia bagi membantu negara berhadapan dengan pembangunan yang pesat dan pantas.  Generasi muda juga merupakan aset penting  negara amat diperlukan memandangkan negara kita turut bersaing dalam mengubah kedudukan ekonomi negara.  Di tangan generasi muda inilah nasib bangsa kita akan ditentukan, iaitu bangsa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai asas kepada pembinaan negara khususnya melalui peranannya sebagai bahasa pembentuk jati diri bangsa dan sebagai bahasa ilmu.  Era globalisasi dengan mudah sahaja boleh melunturkan identiti kita bagi mereka yang rapuh jati dirinya.  Tambahan pula, dengan pemerolehan segala macam ilmu pengetahuan yang begitu pantas, cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah.  Keadaan ini juga tidak dapat dielak dengan pencabulan kedudukan bahasa, kebudayaan dan cara hidup corak kemelayuan.  Untuk menangani cabaran-cabaran sebegini, negara tidak hanya menghendaki generasi muda yang berilmu malahan generasi muda yang mempunyai kemampuan yang mantap di bidang intelektual, spiritual, dan emosional.  Justeru itu, sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam telah memberi tumpuan bukan saja terhadap pengetahuan dan kemahiran semata tetapi penyemaian nilai dan tingkah laku yang baik diserapkan dalam diri setiap pelajar.  Penyerapan nilai-nilai murni dan tingkah laku yang bersopan ini mampu melahirkan insan yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang dikehendaki oleh negara.  Hanya melalui insan yang berilmu, berkemahiran dan bersahsiah tinggi sahaja kelestarian dan keperkasaan bahasa Melayu itu dapat ditanai dengan baik.  Sejarah gemilang bahasa Melayu sebagai bahasa yang merentas kehidupan bertamadun tinggi itu perlu diupayakan kesinambungannya pada zaman ini untuk kelestarian dan keperkasaannya.

Jumaat, 24 Februari 2012

Peluncuran Buku


Kamus Agronomi

Antara buku yang akan diluncurkan semasa Majlis Perasmian Seminar Kebahasaan dan Sambutan 40 Tahun Mabbim pada 04 April 2012. Buku ini diterbitkan oleh DBP Malaysia.

Khamis, 16 Februari 2012

PEMAKALAH SEMINAR KEBAHASAAN MABBIM 2012


Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Othman (Brunei Darussalam)




 Awang Haji Abd. Rahman bin Nawi (Brunei Darussalam)




Dayang Siti Badriyah Haji Mohd Yusuf (Brunei Darussalam)




Dato A' Aziz Deraman (Malaysia)




Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Malaysia)



(Gambar belum ada)


Prof. Dr. Shahrir Mohd Zain (Malaysia)





Prof. Dr. H. Arief Rachman, M. Pd (Indonesia)





Prof. Dr. Menaldi Rasmin, Sp.P (Indonesia)


(Gambar belum ada)

Djauhari Sumintardja, Ark.Dipl.Bldg.,Sc., Ph.D(H.C.) (Indonesia)





Dr. Sugiyono (Indonesia)


Rabu, 1 Februari 2012

Pemakalah Seminar

Arief Rachman

Prof. Dr. H. Arief Rachman, M.Pd atau lebih akrab dipanggil Pak Arief Rachman, seorang guru yang pernah mengajar dan menjadi Kepala Sekolah SMA Labschool, Rawamangun, Jakarta. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Dosen di Fakultas Psikologi, Universitas Indonesia dan sekarang diangkat menjadi Guru Besar di Universitas Negeri Jakarta

Pada tahun 2000, Pak Arief Rachman sempat aktif sebagai pembawa acara program agama Islam Hikmah Fajar di RCTI.

Guru besar tersebut sudah tidak mengajar lagi, namun masih aktif di dunia pendidikan. Beliau dapat dikatakan sebagai salah satu Tokoh Pendidikan Indonesia. Pak Arief dulunya aktif di organisasi Pelajar Islam Indonesia (PII), saat ini beliau menjawat sebagai Ketua Harian UNESCO untuk Indonesia, yang berpangkalan di Paris, Perancis. Selain itu, beliau juga sebagai Wakil Ketua Komisi Pencari Fakta Kekerasan IPDN yang dibentuk oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan diketuai oleh Ryaas Rasyid

Pak Arief Rachman akan mempresentasikan makalah yang bertajuk Performa Bahasa Indonesia dalam  Merefleksi Ilmu dan Karakter.

sumber: wikipedia.com

Peserta Seminar

  1. Muhammad Alim bin Sani
  2. Mohammad Zaim bin Mahmud
  3. Siti Liyana binti Haji Suhaimi
  4. Nor Hasimah binti Haji Bungsu
  5. Siti Amalina binti Haji Ali
  6. Hazmah binti Hamidun
  7. Nuruljannah Syukriah binti Abdullah
  8. Shah Fawani @Nor Mayang binti Haji Aji
  9. Nur'Amy Rozanna binti Md. Zaini
  10. Noor Ashikin binti Jamain
  11. Julia binti Radin
  12. Ruhana binti Radin
  13. Nurul Azimah binti Haji Hali @Mahali
  14. Nor Azizah binti Haji Hali @Mahali
  15. Nor Maziah binti Haji Hali @Mahali
  16. Mastura binti Haji Mohiddin
  17. Siti Khatijah binti Haji Bara
  18. Nurul Hamizah binti Haji Jalaluddin
  19. Nurul Na'asirah binti Haji Tajudin
  20. Nooraqilah binti Haji Daud 
  21. Dayangku Haziyah binti Pengiran Mohamad 
  22. Noorema binti Bolhi 
  23. Nur Hafizah binti Yussof
  24. Nurzaidatul Idza binti Haji Ismail
  25. Hajah Rosita binti Haji Sabli
  26. Abdul Halem Kareng
  27. Dayangku Hazrina binti Pengiran Mumin
  28. Hajah Marsita binti Haji Abd. Rahim
  29. Siti Nurul Basitah binti Haji Asli
  30. Nor Rafidah binti Haji Mokhtar
  31. Mohamad Kemri bin Haji Mat Zahari
  32. Hajah Nabihah @ Bariah binti Haji Abdul Murad
  33. Dayangku Naqayatul Akma binti Pengiran Haji Ali
  34. Mohammad Kairulanwar bin Japar
  35. Haji Kiflee bin Tarsat
  36. Rosdiah@Siti binti Bahrin
  37. Norliyana binti Haji Mohd. Salleh
  38. Dayangku Norsafiah binti Pengiran Sapudin
  39. Nurhakidah binti Haji Simat
  40. Siti Nurfairuz binti Mahali
  41. Nurul Azemah binti Haji Jamain 
  42. Nur Alwani Mohd. Haslan
  43. Andino Maseleno
  44. Azrina binti Haji Matzin
  45. Masni binti Haji Jais
  46. Ahmad Fawwaz bin Haji Mazlan
  47. Nurharizah@Farhana binti Haji Ismail
  48. Safwanah binti Abd. Majid
  49. Shafiah@Siti Ajar binti Haji Mohidin
  50. Safinah@Fatimah binti Haji Mohidin
  51. Nurkhayrul Barriyah binti Idris
  52. Nurhazimah binti Md. Zaini@Haji Jaafar
  53. Norulmasuria binti Haji Abd. Mukti
  54. Awangku Haji Amirul Amin bin Pengiran Haji Jamaluddin
  55. Norlizawati binti Haji Awang Mohd. Kassim
  56. Dayangku Suriati binti Pengiran Haji Yakub
  57. Rossaleni binti Haji Selamat 
  58. Zini bin Haji Dullah
  59. Norijah binti Haji Minin
  60. Siti Anisah binti Moksin 
  61. Erma Teriaini binti Haji Tiban 
  62. Awangku Asrul bin Pengiran Haji Abd. Momin 
  63. Saliati binti Haji Mohamed Salleh
  64. Susyriantie binti Haji Md. Daud 
  65. Exzayrani binti Sulaiman
  66. Siti Ifwah Fauzani binti Haji Chuchu
  67. Hajah Zurinah binti Haji Ya'akub
  68. Amalina binti Haji Omar
  69. Dayangku Nasibahanim @Ezawati Hanim binti Pengiran Haji Bakar
  70. Siti Noorhamizah binti Md. Salleh
  71. Amalina binti Haji Ramli
  72. Norazalina binti Haji Tahir 
  73. Amal Amalina binti Majid 
  74. Siti Izyan binti Haji Amron 
  75. Mohammad 'Azim bin Haji Saini 
  76. Siti Nur Adidah binti Haji Mohd Arshad 
  77. Nurul Mahfuzhah binti Zaini
  78. Warhidayah binti Yussof
  79. Nurajidah binti Amin
  80. Tan Been Tiem
  81. Hurul Aini binti Abdullah Enggu
  82. Diyana binti Masnoh 
  83. Mohd. Aqilah bin Draman
  84. Norhayati binti Mohd Sufri
  85. Nuramalia Alisha binti Daud
  86. Nurhasya Erwina binti Rosli
  87. Siti Nuramalina Atikah binti Tahier
  88. Siti Norrul Aisah binti Hanapiah
  89. Siti Nurhazirah binti Zaini
  90. Irsalina Nazihah binti Talip
  91. Najibahirodeh binti Haji Samsudin
  92. Sareah binti Haji Mahali
  93. Surayati binti Haji Kahar
  94. Razid bin Abd. Kadir
  95. Susiliawati Suzaidah binti Haji Zaidin
  96. Fadiah binti Haji Belaman
  97. Hajah Zainab binti Haji Puasa
  98. Hajah Salha binti Haji Yahya
  99. Hasrinah binti Haji Jamal
  100. Nurasyranita binti Haji Yaakub
  101. Nurul Rahmah binti Haji Abdul Salam
  102. Nadiah binti Ibrahim
  103. Nurulaini binti Rosli 
  104. Noor Syuhaidah binti Awg. Suhaimi 
  105. Norzahwarthy binti Haji Kadir
  106. Sertiniwani binti Haji Besar
  107. Nadirah binti Awang Haji Daud
  108. Nur Mariah binti Haji Tahir
  109. Mohammad Hasrul Izzat bin Haji Abdul Wahab 
  110. Mohamad Asri bin Haji Emin
  111. Rosma binti Kambar
  112. Selomi bin Haji Idris
  113. Haji Sulaiman bin Haji Duraman
  114. Muhammad Hamizan bin Jeludin
  115. Nurhalimatusyahirah binti Mudim Haji Matassim
  116. Nurul Asilah binti Haji Emran
  117. Dayangku Nur'atiqah binti Pengiran Haji Md. Askandar
  118. Siti Aziemah binti Osman
  119. Suziana binti Selamat
  120. Siti Sara Binti Draman
  121. Nurazimah binti Haji Duah
  122. Mariam binti Haji Mohamed / Mohamad
  123. Noorhaslin binti Haji Abdul Kahan
  124.  Yuli Ayatul Nugus binti Haji Kamis @Momin
  125. Haji Awang Mohd. Yusoff bin Haji Awang Murni 
  126. Nurul Janah binti Awang Suntai
  127. Nur Rabeah binti Yusof
  128. Erma Kasniza binti Abdul Kadir
  129. Mohd. Dom bin Amat Daud
  130. Haji Dasnan bin Haji Abdul Rahman
  131. Abdul Aziz bin Haji Abdul Hamid
  132. Mardayanawaty binti Haji Hashim
  133. Hurul'Ain Nukhbah binti Rabaha
  134. Zakiyah binti Abdullah
  135. Masni binti Haji Ahmad
  136. Haji Ali Asnan bin Haji Pungut
  137. Norhayati binti Haji Taha
  138. Hartini binti Haji Damit
  139. Haji Abd. Majid bin Haji Abul Rahman
  140. Nurussifa Yeo binti Mustaffa
  141. Mohammad Imrani bin Haji Sarbini
  142. Mohammad Qamarul Hazimin bin Haji Abd. Rahman
  143. Chong Ah Fok
  144. Muhammad Najib bin Osman 
  145. Siti Nuradinah binti Abdul Hadi
  146. Siti Nurdiana binti Haji Lakim 
  147. Hajah Rubiah binti Haji Metali
  148. Nurul Amal Syazani @ Hardinawati binti Wahab
  149. Shmorina binti Shaari 
  150. Hajah Rosni binti Haji Kurus
  151. Abu Zar bin Abdullah 
  152. Dra. Meity T. Qodratillah, M.Hum.
  153. Dr. Ganjar Harimansyah
  154. Drs. Mustakim, M.Hum.
  155. Adi Budiwiyanto, M. Hum.
  156. Dra. Menuk Hardaniwati, M.Pd.
  157. Encik Rusli bin Abd. Ghani
  158. Encik Sallehuddin bin Abg. Shokeran
  159. Encik Shariffulizan bin Malek
  160. Puan Norhasmanalinda binti Mustapa 
  161. Hajah Aishah binti Haji Tamin
  162. Hajah Normani binti Haji Modin 
  163. Haji Misli bin Haji Mohammed
  164. Mundus bin Haji Yahya
  165. Amdiah binti Ali
  166. Dayangku Fatimah binti Pengiran Hassan
  167. Muhammad Hefni bin Mahari
  168. Elbisaiful Razaime bin Mohd. Ali
  169. Suraini binti Suhaimi
  170. Norsiah binti Tinggal
  171. Masnah binti Haji Asmat
  172. Nurrasyiqah binti Jumat 
  173. Haji Hussain bin Haji Abd. Rahman
  174. Hajah Kartina binti Haji Ahmad
  175. Azman bin Haji Besar 
  176. Norsazimah binti Haji Sadim
  177. Othmaliana Massuzana binti Othnam
  178. Hajah Rasiah binti Haji Tuah
  179. Hajah Rohani binti Haji Abd. Rahman
  180. Maysalamah binti Haji Hitam
  181. Norsinah binti Haji Sawas
  182. Dayangku Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus
  183. Rosmuliati binti Haji Yahya
  184. Hajah Shaharah binti Dato Paduka Haji Abdul Wahab
  185. Hajah Siti Zainab binti Haji Hitam 
  186. Encik Tajudin Jaffar
  187. Encik Mohd. Naim Daipi
  188. Cik Firda Maisarah Mohd. Raffid
  189. Abdul Muiz bin Ahmad Hussin
  190. Hajah Siti Azizah Tahirah binti Haji Ramli
  191. Hajah Raihana binti Haji Abdullah
  192. Ernie Wati binti Noorashid 
  193. Raieham bin Mohd. Salleh
  194. Dayangku Siti Nur Asidah Haryani binti Pengiran Md. Said 
  195. Suryana binti Haji Shuib
  196. Mastinahwati binti Haji Alias
  197. Hajah Ostinah binti Haji Othman
  198. Faridah binti Haji Abdul Hamid
  199. Hamzah bin Ibrahim
  200. Ihsan Sabri bin Haronli
  201. Ghazali bin Haji Suhaili
  202. Dr. Aini binti Haji Karim
  203. Dr. Mardina binti Haji Mahadi
  204. Hajah Masnah binti Haji Mahmud
  205. Rozy Susilawati binti Haji Murah 
  206. Umairah binti Anuar
  207. Hajah Norhafizah binti Haji Julaihee 
  208. Hajah Nurul Amal Akmalina binti Haji Talip
  209. Pengiran Hajah Jauyah binti Pengiran Haji Damit
  210. Haji Samat bin Bakar
  211. Norshahrizahwati binti Md. Said
  212. Noorefizah @ Linn binti Othman
  213. Nurhanisah binti Mahmud
  214. Hasinah binti Sulong
  215. Rosmah binti Ambong
  216. Rosnita binti Idris
  217. Rasidah binti Linggir
  218. Nurhazirah binti Haji Abd. Latif
  219. Mas Idayu binti Haji Moksin
  220. Eda Hairanei binti Haji Sabtu
  221. Junainah binti Haji Jenudin
  222. Hajah Dayang Hasidah binti BPTI Dato Seri Paduka Haji Metassim
  223. Hajah Maiza binti Haji Aji 
  224. Haji Mohammad Nazri Radhi bin Haji Nali
  225. Haji Mohamad Nazarudin bin Haji Mohd. Noor
  226. Habil bin Haji Hosaini
  227. Hajah Sorayaernie binti Haji Mornie
  228. Rafidah binti Mohamad Daud
  229. Sareah binti Haji Mahali
  230. Haji Muhd. Fardli bin Haji Jahri
  231. Noralenie binti Nordin
  232. Dayangku Norhidayati binti Pengiran Haji Abdul Rahman
  233. Hajah Rosidah binti Haji Ismail
  234. Dk. Hajah Fatimah binti Pengiran Haji Matnoor
  235. Siti Muslihat binti Haji Salleh
  236. Haji Besar bin Haji Mamit
  237. Marhayati binti Omar
  238. Dayangku Erna Liana binti Pengiran Haji Suhaili
  239. Hajah Hamidah binti Haji Abd. Hamid
  240. Dayangku Hajah Hadijah binti Pengiran Haji Kamaluddin
  241. Hajah Munah binti Puteh
  242. Khairol-Azri bin Haji Md. Kassim
  243. Haji Firdaus bin Orang Kaya Kaya Haji Nordin 
  244. Hajah Maimunah binti Haji Bakir
  245. Mastura binti Haji Ismail
  246. Mohamed Ramli bin Sosman
  247. Aizen Zatul Hijanah binti Haji Puasa
  248. Rahimah binti Haji Tamin
  249. Shahrin bin Haji Tamin
  250. Norliza binti Haji Lilah
  251. Hajah Siti Nurjahirah binti Haji Md. Jaafar
  252. Siti Khairunisa binti Haji Lilah
  253. Nur Hafizah binti Haji Sani
  254. Ampuan Norarni binti Ampuan Baba
  255. Hajah Nur Zalikha binti Marrot
  256. Haji Muhammad Ruzaini bin Haji Mohd Daud
  257. Fauzi Syamsuar
  258. Muhamad Hanapi bin Jamaludin 
  259. Faridah binti Haji Mohammad 
  260. Rina Arlina binti Haji Abdullah
  261. Hajah Norazimah binti Haji Shari
  262. Pengiran Anak Hajah Noor Lela Wati Hamidah binti Pengiran Anak Ismail Al-Haj
  263. Pengiran Anak Haji Aminuddin Halim Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj
  264. Dayangku Nor Amalina binti Pengiran Rakawi
  265. Nurul Hidayatul Munirah binti Haji Abdullah/Haji Shahmidun
  266. Siti Rabeah binti Abdul Jalil
  267. Haji Tamam bin Haji Timbang
  268. Hajah Aidah binti Haji Tengah
  269. Hajah Asiah binti Haji Abd. Rahman
  270. Dayangku Norzainah binti Pengiran Md. Daud
  271. Haji Abu Bakar bin Haji Momin
  272. Pengiran Haji Masri bin Pengiran Haji Abd. Rahman
  273. Arosli bin Haji Abd. Halim
  274. Zamri bin Zainal 
  275. Mohd. Eidy Sahrol bin Matussin
  276. Haji Muhammad Mu'ammil bin Haji Ahmad
  277. Dr. Hajah Suraya binti Haji Tarsat 
  278. Sri Kartika binti Abd. Rahman
*************************************************